Thursday, November 4, 2010

Cerpen kisah remaja.....

"Siti Syazwani. Happy Birthday! Semoga kamu akan sentiasa dirahmati Nya.....All the best in everything do.....Jaga diri & iman baik-baik yea~...
-Amin, UK-"
***********
Aku mencapai telefon mobilku dan membelek-belek SMS ucapan hari lahir yang diterima minggu lepas. Cukup ringkas. Namun, aku masih tertanya-tanya mengapa Amin hanya mengirimkan SMS sahaja kali ini? Jika tidak, tahun-tahun sebelum ini pasti sudah ada kad besar dan bermuzik akan tiba beberapa hari sebelum hari lahir ku. Dah la pakai no org lain, siap tulis nama penuh aku pula tu. Tak pernah pula dia tulis macam ni....Ish,hati mula ragu-ragu. Menyangka sesuatu yang x baik sedang berlaku.

Adakah dia sudah.......? Argh, tak mungkinlah! Dia dah kata takkan....

Aku teringat ketika dia pulang bercuti pada musim summer tahun lepas. Namun, sebelum itu aku sudah rasa banyak perubahan berlaku pada dirinya. Dia telah mula byk memberi nasihat-nasihat baik ketika kami berhubung samada melalui telefon, SMS, email, YM dan juga friendster.
Dan ketika itu, aku mendapat cuti seminggu dan telah bercadang utk turun ke KL dgn kakak melawat saudara-mara, dan sambil2 itu blhlah juga berjumpa dgn si Amin. Setahun sekali tak salah rasanya. Melepas rindu la sedikit. 'Boring' juga klu asyik berhubung melalui telefon saja. Lagipun Kuantan-KL skrg blh travel dlm 3jam 1/2 dah. Ulang-alik setiap hari pun blh.

Di KL, aku tlh menghubunginya & cuba mengajak utk berjumpa. Dia menolak ajakan aku utk kluar berjln-jln drp pg smpai ke ptg. Dia hanya blh berjumpa dgnku seketika shj pd ptg hari. Walaupun dia beralasan sibuk, tp aku dia taklah sesibuk mana. Nak x nk, aku terpaksalah menerima shj cadangannya. Asal blh jumpa, ia sudah cukup bagiku. Dan ptg itu kami taklah kemana-mana sgt. Ronda-ronda shj dgn kereta wira kesukaannya itu. Selepas ber-Asar di Masjid Wilayah, Amin membawa aku ke sebuah restoran dan kami makan 'early dinner' di situ. Kemudian, satu detik yang agak 'mengingatkan' bg aku adalah sewaktu kami dalam perjalanan menghantar pulang aku ke rumah saudaraku....

Dia ada bertanya "Apa beza kita dgn diaorg kat situ yer??" Amin menunjukkan ke arah beberapa pasang 'COUPLE' yg sedang lepak berdua-duaan di tempat2 duduk sepanjang sebuah taman. Aku tergamam sekejap. Huh. Agak menduga, tapi 'simple' saja. "Ala, kita ni baik sikit. Tak ada pegang-pegang. Tutup aurat elok2. Sampai waktu solat, kita solat. Erm...Islamik sket la pendek cerita!."
"Hmm.." Amin hanya menganggu-angguk.
"Dalam Islam ada ke mcm ni?" Amin menduga lagi.
Erk...Semakin terkesima aku dibuatnya. Kali ini aku terus diam terpaku. Aku tahu dia lebih byk tahu selok-belok mslah benda2 mcm ni. Klu aku jawab lg, msti dia 'counter' lg. Huh. Diam shaja lah!
"Erh,abaikan je lah. Sje sy tnya...." Amin cuba menyedapkan hati.
Tidak lama slpas Amin terbang pulang semula ke UK utk menyambung sesi pelajarannya yg baru, dia ada menghantar 1 email kpd ku utk menerangkan kedudukn dan tujuan dia bertanya akan hal itu. Aku sudah mula faham sedikit-sebnyak yg aku perlu mengawal hubungan yg masih tdk 'rasmi' ini. Dan sejak itu dia tidak pernah langsung menelefonku. SMS pun hanya bertanyakan ttg pelajaran sahaja. Itu pun blh dibilang dgn jari. Namun, aku bersyukur dan gembira krn dialah yg membuat aku berubah utk jd lebih baik & fhm Islam. Jika dulu pakaian aku agak ketat dan singkat, kini sudah byk yg labuh dan longgar aku beli. Tudungku pun pernah ditegurnya agar melabuhkan ke bawah dada. Dialah yg memperkenalkan padaku apa itu usrah dan dakwah. Dia juga ada berpesan-'Jaga hubungan dgn Allah tu lg penting. Insya Allah, kemudian Dia akan jaga hubungan kita.'

Jadi, apakah yg akan brlaku slpas ini? Hatiku masih x tenteram memikirkan SMS ucapan hari lahir itu. Macam2 sangkaan buruk bermain-main dlm hati yg mula busuk ini. Aku masih setia menanti kepulangannya. Dan aku yakin dia juga setia padaku. Aku x pernah nk memikirkn lelaki2 lain selain dia. Dan aku yakin dia juga x pernah menggatal dgn prempuan2 lain. Dia x lah spt kebanyakkan lelaki yg 'playboy' pd masa kini.

Ops! Mungkin agak kasar utk brkata sedemikian.
' Tuuut. Tuut....'Nada dering SMS berbunyi. Nombor Amin yg terpapar.
"Esk free x? Boleh kita chatting??"
"Boleh.....Sy free je."jawab aku ringkas. Erm, mesti dia saje nk buat 'surprise'. Aku dah agak dah, takkanlah dia hantar SMS saja utk 'wish birthday' aku. Keyakinan aku mula bertambah. Dia masih sayang padaku.
"Ok.Tq..." balasnya pula.
Keesokkanya, aku menanti awal dia online.
'Tuk.Tuk.Tuk..' Amin has signed in.
Oh,tepat sungguh waktunya...

Amin: assalamualaikum wbt.
Wani: wsalam...
Amin: apa khabar?sihat?iman baik?
Wani: alhamdulilah....sihat2..=) awk?
Amin: alhamduliliah....baik2 juga...iman selalu turun naik sejak kebelakangan ni...tp takpe, ok je semua.
Wani: awk x balik ke tahun ni? btw,thanks for the bday wish last week....
Amin: welcome....tak balik. byk kerje ckit tahun ni....lg pun sy nk try bekerja....cari duit...
Wani: wah rajinnya....baguslah!
Amin: hurm...
Amin: study mcm mana?
Wani: ok je....new sem ni berat ckit....Jadual pack.
Amin: oic...
Amin: takpe,study rajin2 ye..
Amin: hurm,dah lama nk tnya ni sbenarnya....
Amin: hurm...
Wani: apa dia? tnya la...sila2...
Amin: 1st of all sorry dlu ye....hurm, apa pendapat awk ttg kita skrang?
Wani: erh.....mcm awk kata dlm email tu dulu yg kita ni kan 'kawan'...tak lebih drp tu..tp, special ckit..tiada couple2 mcm org lain...declare pun x kn?
Wani: so, statusnya kawan je la..
Amin: hurm....
........
Wani: erh, x betul ke?
Amin: hurm....ni opinion je la-antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram, tiada perhubungan yg lebih akrab melainkan hubungan suami isteri shj....yg lain2...atas alasan aper skali pun ia x patut diterima.....
Aku tergamam seketika. Tertampar keras juga rasanya.....
Wani: Jadi....
Amin: sy rasa kita harus stop....stop utk berpisah....
Amin: sbb....
Amin: sbb sy sedar yg semua ni adalah salah dan juga keliru....
Amin: benda ni akan buatkan hati ternodai....zina hati akan banyak berlaku....
Amin: Walaupun kita jauh, tak call, tak jumpa dll, tapi hati tetap ber'zina'....
Amin: huh.....
Amin: sy brcakap itu ini pada org ramai.....tp, dlm masa yg sama sy menyelindungi sesuatu yg x sepatutnya sy buat....
Amin: kononnya Islamik....
Amin: sy rasa cara ni x betul.....kita sbenarnya yg dah menyarungkan benda yg x baik ni dgn Islam....then, org nmpak Islamik....
Amin: sy rasa x de bezanya pun kita dgn org lain yg duk ber'couple2' nieh...
Amin: jd, sy rasa kita harus berpisah....demi menjaga diri...& sama2 utk kembali harungi hidup dlm redha Ilahi.....
Amin: sorry.....sorry byk2 utk segala apa yg tlh kita buat....
Amin: dan sorry juga sbb bawa tlh bawa awk ke jalan yg lupa pada-Nya.....
Amin: andai ada jodoh, moga dipertemukan....

Astaghfirullahalazim....Aku beristighfarpanjang. Ku kesat peluh di dahi.....Air mata jahiliah ku deras menitis membasahi meja. Sedikit terpercik pd keyboard laptopku. Aku x sangka perkara seperti ini akan terjadi sepantas ini. Ringkas, lembut, berhikmah serta points-nya yg jelas membuat aku x dapat membantah dan berkata-kata. Sedih, pilu, kecewa, dan sesekali timbul rasa kesal pun ada. Tapi,semua itu tak bermakna lg.....

Aku x mampu lagi utk menyambung perbualan tersebut. Ku pasrah dan terima sahaja keputusan yg dibuat oleh Aiman itu. Di saat ini, hanya Allah yg bisa mendengar bisikan hati rapuh ini. Dialah juga tempatku pohon keampunan atas segala kekeliruan yg telah aku timbulkan. Rupanya selama ini aku telah tertipu dgn bisikan musuh, mengikut jalan taghut, mencapurkan halal dan haram, serta mngadunkan yg Islam dan al-hawa....

Cinta hakiki hanyalah pada Allah.....

Aku terus menjawab ringkas.....

Wani: thanks & sorry too.....sy terima.......Alhamdulilah.....
Wani: moga awk bahagia dan sukses selalu di sana. doakan sy juga.
Wani: wsalam
Signed out

Aku rasa hubungan 3 tahun yg terbina itu memang salah pd dasarnya. Bagaimana mungkin ia dapat mewujudkan sebuah keluarga yg menjunjung Islam jika asasnya terbina melalui cara al-hawa? Aku sedr yg kami mempergunakan Islam utk mencapai matlamat peribadi.......Astaghfirullah....Syukur pd Mu ya Allah krn lekas mengembalikan ku pd jalan redha-Mu.

"Sayang....cepat turun ni. Nurul dah nk sampai." Ops! Tersedar drp lamunan kisah 17 tahun lepas itu tatkala mendengar sahutan suamiku, Muhammad Aqil utk bersiap menyambut tetamu istimewa kami Nurul dan Amin.

Renungan:
bertanya pd sang bidadari berwajah manusia.....
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
lalu berbicara si bidadari berwajah manusia.....
"wahai adikku. bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya tetapi disitulah kekuatan utuh tak ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. tangis sendunya wanita itu gah dari egonya seorang lelaki.....menjadi "izzah" yang paling gah bahkan lebih gah dari egonya seorg lelaki. kerana sendu rayunya wanita, Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah tetapi senjata."


























Myspace Contact Tables